Saturday, February 21, 2015

Rezeki dari Allah Swt



suatu hari nanti insya Allah rezeki aku akan ada

Tadi kat ofis, ada buat seminar bersama Ustaz Zahazan..ustaz ini memang favorite aku, jugak.
Apa yang ingin aku share disini ialah, tentang keberkatan dalam rezeki yang kita cari, Aku percaya rezeki itu luas, seluas-luasnya sepertimana Allah dah janjikan kepada setiap hambaNya, REZEKI itu bukan sahaja berupa dalam bentuk harta, wang, kereta, rumah, pakaian, tetapi nafas yang dihirup, kesihatan yang baik, sihat, dan mempunyai cukup sifat.

Ya berbalik kepada apa yang difikirkan, biarpun sekarang ini, aku bukan bekerja dalam bidang kelulusan aku, biarpun sekarang ini ramai rakan-rakan aku berjaya dalam career dalam bidang electrical, bekerja di konsultan, oil and gas, sebagai engineer, project engineer dan etc, aku percaya insyaAllah, Allah berikan yang terbaik buat ku. Bekerja disini juga satu ibadah buatku.

Ya, aku tanamkan dalam hatiku niat untuk memperolehi kerja & rezeki yang halal, Andai doa lambat di makbulkan, Allah telah menyusun yang lebih baik buat kita.