The Masturah Mj Story
Wednesday, December 27, 2017
27 Disember 2017
Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk kita melangkah ke tahun baru 2018. Hari demi hari aku diuji dengan ujian dari Allah. Itu tandanya Allah masih mengingati aku. Ye, Dia tidak mahu aku lari jauh dari nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada apa yang mampu aku coretkan dalam kepala ini, bermacam-macam perancangan, perancanga jangka pendek, perancangan jangka panjang. Namun itu perancangan, buatlah yang baik-baik. Ingat yang baik-baik. Ok, sekarang idea tiada lagi, selamat malam.
Monday, December 4, 2017
5 Disember 2017
Assalammualaikum,
Sudah lama aku tidak berkarangan pada blog ini. Harini Selasa bersamaan 5 Disember 2017. Sudah lebih 5 tahun aku berada dalam dunia pekerjaaan. Dengan 5 tahun tersebut banyak pengalaman yang aku pelajari. Antara satunya adalah mengenai Rezeki dan Jodoh. Bercakap tentang rezeki, ianya sangat meluas bukan hanya melibatkan gaji dan wang ringgit, namun ia melibatkan hal-hal disekeliling kita. Mendapat keluarga yang baik itu juga rezeki, mendapat kesihatan yang baik itu juga rezeki.
Tahun ini sahaja aku banyak diuji, jika nak dibandingkan dengan ujian-ujian orang lain, rasanya ujian aku ini sekecil zarah sahaja, namun Allah nak lihat kemampuan hambaNya, aku harus bersangka baik, bersabar dan redha dengan segala ujian ini. Banyak-banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat. Adakalanya, keterbatasan aku sebagai seorang manusia yang berdosa banyak yang aku buat silap dan dan salah.
Sometime we do not know why is it happen to us. Kenapa banyak benda yang kita tak suka berlaku kepada kita. Allahu... hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun kita sebagai hambaNya perlula mensyukuri setiap ujian yang diberi, dengan ujian ini, membuatkan kita lagi kuat dan tabah.
Fikir, baik sangka baik, insyaAllah yang datang baik-baik.
Yakinlah Allah akan beri ketetapan yang terindah.
Saturday, February 21, 2015
Rezeki dari Allah Swt
suatu hari nanti insya Allah rezeki aku akan ada
Tadi kat ofis, ada buat seminar bersama Ustaz Zahazan..ustaz ini memang favorite aku, jugak.
Apa yang ingin aku share disini ialah, tentang keberkatan dalam rezeki yang kita cari, Aku percaya rezeki itu luas, seluas-luasnya sepertimana Allah dah janjikan kepada setiap hambaNya, REZEKI itu bukan sahaja berupa dalam bentuk harta, wang, kereta, rumah, pakaian, tetapi nafas yang dihirup, kesihatan yang baik, sihat, dan mempunyai cukup sifat.
Ya berbalik kepada apa yang difikirkan, biarpun sekarang ini, aku bukan bekerja dalam bidang kelulusan aku, biarpun sekarang ini ramai rakan-rakan aku berjaya dalam career dalam bidang electrical, bekerja di konsultan, oil and gas, sebagai engineer, project engineer dan etc, aku percaya insyaAllah, Allah berikan yang terbaik buat ku. Bekerja disini juga satu ibadah buatku.
Ya, aku tanamkan dalam hatiku niat untuk memperolehi kerja & rezeki yang halal, Andai doa lambat di makbulkan, Allah telah menyusun yang lebih baik buat kita.
Subscribe to:
Comments (Atom)
